Sunday 7 June 2015

KASIHAN USAHAWAN KITA...

Klausa Penafian: Semua contoh di sini tidak berkaitan jenama-jenama yang terkenal yang sudah pastinya dilindungi harta inteleknya (kalau dilindungi)

Saya terpanggil untuk menulis blog ini kerana rasa kasihan dengan usahawan berjaya hilang kuasa "branding" apabila tak mendaftar trademark (tanda niaga) mereka.

Sini tudung naelo'far', sana tudung naelo'near',
Orang jual baju jenama lemon, dia jual jenama lemons,
Abu jual jubah jenama "kohado?", Ali jual jubah jenama "kuhado!"

BIAR BETIK! Harus ke cetak rompak jenama/branding orang lain?

Yang menjadi mangsa cetak rompak pula menangis main biola di tepi bucu katil..
Kata sales RM60,000 sebulan. Tapi nak berbelanja RM1,000 - RM2,000 sekali untuk daftar "trademark" (tanda niaga) pun sangat kemut!

Ada pula yang bijak, dah nampak sesuatu 'brand' dah terkenal, cepat-cepat dia pergi MYIPO pergi register trademark. Tak terkedu bila orang lain dah register trademark kita, semua customer dah jadi keliru.

Cuba lihat jenama Chanel, Coach, Prada, Guess...
Kekuatan mereka adalah trademark mereka yang dilindungi. Bagi peminat Chanel, tanda "C" di tas tangan boleh membawa ke serangan jantung!

Lindungi trademark atau harta intelek anda yang lain! Saya akan kongsi tips yang seterusnya nanti.

daaaaa...

farah.alaf@gmail.com