Monday 6 July 2015

APAKAH ITU TRADEMARK ATAU CAP DAGANG?

Definisi: Cap dagangan membezakan barangan dan perkhidmatan daripada seorang peniaga dari peniaga yang lain. Contoh perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut.

Bagaimana cap dagangan dilindungi di Malaysia?
Akta Cap Dagangan, 1976, Peraturan-Peraturan Cap   Dagangan 1997 dan Peraturan-Peraturan Cap Dagangan (Pindaan), 2011

Apakah perbezaan di antara simbol-simbol (™) dan "®"?
  • ™ menandakan Cap Dagang manakala "®" menunjukkan cap dagang berdaftar atau tanda       perkhidmatan.
  • Simbol "®"  hanya boleh digunakan apabila sijil pendaftaran cap dagang tersebut telah dikeluarkan oleh MyIPO. Ia adalah satu kesalahan yang serius di Malaysia sekiranya menggunakan symbol "®" pada cap dagang yang tidak didaftarkan.
Tempoh Sah Laku Cap Dagang
Cap Dagang adalah sah untuk tempoh permulaan selama sepuluh (10) tahun dari tarikh permohonan dan boleh diperbaharui untuk masa yang tidak terhad kepada sepuluh (10) tahun pada setiap perlanjutan.

Pentingnya Mendaftarkan Cap Dagang
Perlindungan cap dagangan adalah mengikut negara. Jika perlindungan cap dagangan adalah dikehendaki di negara-negara lain, maka permohonan untuk pendaftaran cap dagang tersebut adalah perlu di negara-negara tersebut. Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar adalah bukti prima facie pemilikan cap dagang.

 Hak Pemilik Cap Dagang
  • hak eksklusif untuk menggunakan cap dagang mereka dalam perniagaan
  • hak untuk mengambil tindakan undang-undang untuk pelanggaran di bawah undang-undang Cap Dagang terhadap orang lain yang menggunakan cap dagang mereka tanpa persetujuan.
Apakah contoh cap dagang yang boleh didaftarkan?
  • Nama syarikat individu, atau firma (digambarkan dengan cara khas dan tertentu)
  • Tandatangan
  • Perkataan yang direka / perkataan
  • Tidak menggambarkan barang atau perkhidmatan
  • Tanda yang tersendiri, logo, gambar, simbol
  • Tidak serupa atau menyerupai cap dagang yang dikenali/ berdaftar/dalam permohonan

ANDA TAK PAYAHLA DAFTAR TRADEMARK..

NASIHAT SAYA KEPADA PARA USAHAWAN..

ANDA TIDAK PAYAHLA DAFTAR TRADEMARK JIKA ANDA..
  • buat business suam-suam kuku
  • buat business kecil-kecilan
  • buat business untuk kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu sempat makan petang
  • tiada impian untuk melihat produk atau 'brand' anda terkenal di seluruh Malaysia, mahupun antarabangsa
  • anda nak buat bisness berpenat lelah sampai umur 60 TAHUN!

PENDAFTARAN TRADEMARK atau HARTA INTELEK hanya untuk USAHAWAN
  • yang berimpian untuk RETIRE YOUNG RETIRE RICH!
  • melindungi hasil kreativiti dan "harta intelek"nya supaya DUIT TETAP MASUK WALAUPUN DIA DAH PENCEN
  • yang mahu lihat 'branding' anda bernilai tinggi & menjadi rebutan oleh ribuan & jutaan pengguna & usahawan lain
TAHUKAN ANDA BILA ANDA INGIN PENCEN DAN MENJUAL SYARIKAT ANDA..
Penilaian "goodwill" syarikat anda diambil kira bukan sahaja kerana customer database atau cashflow syarikat, tetapi juga nilai HARTA INTELEK anda yang telah berdaftar

Siapa tak kenal COACH, CHANEL atau LV...
Di mana terletaknya "price tag" barangan keluaran mereka kalau bukan kerana TRADEMARK mereka..

JADI, nasihat saya, USAH SUSAH DAFTAR TRADEMARK..jika anda USAHAWAN SUAM-SUAM KUKU..